Rabu, 13 September 2017

Kepentingan Menuntut Ilmu (bahagian 1)

......السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Kita semua mesti pernah dengar suatu hadis Rasulullah S.A.W mafhumnya, "tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad". Hadis ini merupakan suatu yang tidak asing lagi bagi kita sebagai orang Islam yang beriman. Dalam menjalani hari-hari sebagai manusia di muka bumi bertuah ini, tidak dapat dinafikan bahawa ilmu merupakan suatu perkara yang penting bahkan lebih penting daripada emas dan wang. Seseorang yang berharta akan berusaha menjaga hartanya daripada hilang atau berlaku kerugian, sedangkan orang yang berilmu mampu mendatangkan hartanya secara berterusan dengan mengaplikasikan ilmu yang dimiliki. Persoalannya, mengapakah saya menyentuh topik topik ilmu berbanding perkara-perkara lain? 

1. ILMU MENINGGIKAN DARJAT SESEORANG
Firman Allah S.W.T  dalam Surah Al-Mujadalah ayat 11, mafhumnya
     
"Allah meninggikan orang-orang beriman diantara kamu dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat" (Q.S. al-Mujadalah: 11)

PENJELASAN:  Tingginya darjat seseorang hamba di sisi Allah adalah disebabkan iman, akan tetapi orang beriman yang berilmu lebih tinggi keddudukannya di sisi Allah berbanding orang beriman yang buta huruf. Hal ini adalah disebabkan ilmu dan iman.

2. ILMU MEMBEBASKAN SESEORANG DARIPADA BELENGGU KEJAHILAN

Hal ini tidak dapat disangkal lagi kebenarannya kerana ilmu adalah penyelamat daripada pelbagai situasi dan masalah. Mengambil ibrah daripada peristiwa turunnya wahyu pertama di Gua Hiraq, surah Al- Alaq ayat 1 hingga 5 telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad S.A.W terlebih dahulu berbanding ayat atau surah yang lain. Mengapa Allah menetapkan sedemikian rupa?

     Pada detik itu juga merupakan tanda berakhirnya zaman Jahiliah apabila Rasulullah ditabalkan menjadi Rasul berikutan peristiwa di Gua Hiraq tersebut. Allah berfirman mafhumnya, " bacalah (wahai Muhammad) dengan nama tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)". Allah telah memerintahkan kita semua supaya MEMBACA sebagai perintah yang pertama, mengapa tidak urusan-urusan yang lain seperti menutup aurat, cara berjual beli dan lain-lainnya. Hal ini jelas menunjukkan kepada kita semua bahawa untuk memulakan sesuatu perkara, semuanya mestilah dengan memiliki ilmu terlebih dahulu.

...................................................................................................................................................................
Sekadar itu sahaja perkongsian saya tentang kepentingan menuntut ilmu. Sebahagian yang lain, saya akan kongsikan dalam masa yang akan datang dengan kesinambungan daripada pelbagai pengalaman dan inspirasi para-para penuntut ilmu.

Mohon diberi komentar yang membina untuk penulisan yang seterusnya....
Sekian,,,,
Wassalam....